Pada 23 Disember 2010 pihak Pengurusan dan Persiap Penjara Tawau telah menerima kunjungan rasmi daripada Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini bin Hj Man Yang Di Pertua PERSIAP Penjara Malaysia sempena Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Sumbangan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dengan kemalangan ngeri pada 16 Disember 2010, majlis tersebut berlangsung di Dewan Wawasan Penjara Tawau.
Kami seluruh warga PERSIAP Penjara Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man atas kesudian dan keperihatinan Y.Bhg Datin Wira untuk turun padang bagi bersua muka disamping menyampaikan sumbangan dari PERSIAP Penjara Malaysia kepada keluarga khususnya isteri-isteri mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Takziah buat semua keluarga mangsa... Al-Fatihah
Semoga Allah s.w.t akan sentiasa merahmati dan memberkati setiap langkah yang telah ditentukan...
Terima Kasih, Sekalung Budi atas keperihatinan
Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man