Pada 17 Oktober 2011, bersamaan hari Isnin, PERSIAP Tawau bersama Y.BHG DATIN HJH NORAINI BT HJ MAN dan Rombongan telah mengadakan lawatan ke Pulau-Pulau di sekitar Semporna.
Lawatan tersebut bermula sekitar jam 06.30 pagi bertolak dari Penjara Tawau dengan menaiki bas Penjara Sandakan dan tiba di semporna pada jam 08.00 pagi dan telah menaiki bot yang telah ditempah khas dan tiba di pulau Sipadan pada jam 10.00 pagi.
Rombongan di bawa ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Kapalai dan tiba pada jam 10.45 pagi. Di sini rombongan dapat melihat hidupan yang jarang ditemui di tempat lain.
Seterusnya rombongan PERSIAP bergerak menuju ke Pulau Mabul dan tiba pada jam 11.15 pagi. Di Pulau Mabul rombongan di bawa meninjau dan melihat sendiri kehidupan dan aktiviti penduduk - penduduk di Pulau Mabul serta keunikan dan keindahan yang terdapat di Pulau Mabul.
Setelah selesai melawat Pulau Mabul, rombongan ahli - ahli PERSIAP di bawa kembali ke Tanah Besar Semporna dan singgah untuk menikmati makan Tengahari di Restoran yang popular di Semporna iaitu Restoran Seafest Semporna. Setelah selesai menjamu selera di Restoran Seafest, ahli rombongan kemudian berangkat kembali ke Penjara Tawau pada jam 01.30 Tengahari dan tiba pada jam 03.00 Petang.
Wednesday, November 9, 2011
KURSUS SENI JAHITAN KREATIF
Pada 16 Oktober 2011,bersamaan hari Ahad,PERSIAP Penjara Tawau telah mengadakan kursus Perniagaan Dari Rumah (Seni Jahitan Kreatif) bersama Pusat Latihan Kraftangan EPAL dengan bantuan Yayasan Tekun Nasional.Kursus ini diadakan di Dewan Wawasan Taman Ehsan Penjara Tawau pada pukul 2.30 Petang.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan cara dapat ilmu kemahiran seni jahitan kreatif kepada ahli PERSIAP dan kakitangan Penjara Tawau agar boleh menjana ekonomi keluarga dengan melakukan perniagaan seni jahitan kreatif yang diminati dari rumah dengan pinjaman modal dari TEKUN.
Aktiviti berjalan dengan baik kerana ramai dikalangan peserta berminat untuk mengetahui cara menambahkan pendapatan dalam kemahiran seni jahitan. Aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y. BHG DATIN HJH NORAINI BT HJ MAN,Y. BHG DATIN NORIZA BT MOHAMED dan beberapa orang lagi sempena lawatan ke sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)