Friday, January 7, 2011

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

06 Januari 2011 (Khamis) bersamaan 1 Safar 1432 H, PERSIAP Penjara Tawau dibawah kelolaan Biro Kebajikan telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat bertempat di Surau An-Nur, Penjara Tawau. Antara jemputan yang hadir adalah Pengarah Penjara Tawau PKP Ajidin bin Hj Salleh dan isteri Puan Aemyzarina binti Badrin, merangkap Pengerusi PERSIAP Penjara Tawau  ahli-ahli persiap, kakitangan Penjara Tawau dan ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan pada 16 Disember 2010.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti dengan bacaan Yassin, Tahlil, Doa Selamat dan solat Isyak berjemaah yang diketuai oleh Ustaz Mannang bin Laang. Bacaan Yassin dan tahlil ini diadakan bertujuan untuk disedekahkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan telah kembali ke rahmatullah iaitu Allahyarham Abd Mahdina bin Hamdullah, Allahyarham Selamat bin Idrus, Allahyarham Muslimin bin Ahmad dan Allahyarham Sabirin bin Murad. Doa kami agar roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan umat islam yang beriman. Sementara itu majlis doa selamat adalah bertujuan untuk memohon kesejahteraan dan kesempurnaan dari Allah s.w.t untuk seluruh warga PERSIAP dan kakitangan Penjara Tawau.

Disamping itu, majlis juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan Sijil Penghargaan di atas sumbangan dan komitmen allahyarham-allahyarham dalam menjalankan tugas. Sijil-sijil tersebut adalah pemberian dan penghargaan dari Jabatan Penjara Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Tawau bagi mewakili Komisioner Jeneral Penjara kepada waris-waris Allahyarham.








Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari-NYA yang maha Esa, doa dan harapan kami agar setiap perancangan dan perjalanan yang dilalui akan sentiasa mendapat keredhaan serta rahmat dari Allah s.w.t 

1 comment:

  1. Al-Fatihah... semoga roh allahyarham akan ditempatkan dalam golongan umat islam yang beriman...

    Semoga Allah s.w.t akan memberi kekuatan dan ketabahan kepada kita dalam melalui setiap kejadian yang berlaku dan berdoa agar setiap apa yang kita dirancangkan akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t

    Salam Sayang dari,
    Ajidin bin Salleh & Aemyzarina binti Badrin

    ReplyDelete