Wednesday, November 9, 2011

LAWATAN PERSIAP TAWAU BERSAMA ROMBONGAN Y.BHG DATIN HJH NORAINI BT HJ MAN

Pada 17 Oktober 2011, bersamaan hari Isnin, PERSIAP Tawau bersama Y.BHG DATIN HJH NORAINI BT HJ MAN dan Rombongan telah mengadakan lawatan ke Pulau-Pulau di sekitar Semporna.

Lawatan tersebut bermula sekitar jam 06.30 pagi bertolak dari Penjara Tawau dengan menaiki bas Penjara Sandakan dan tiba di semporna pada jam 08.00 pagi dan telah menaiki bot yang telah ditempah khas dan tiba di pulau Sipadan pada jam 10.00 pagi.

Rombongan di bawa ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Kapalai dan tiba pada jam 10.45 pagi. Di sini rombongan dapat melihat hidupan yang jarang ditemui di tempat lain.

Seterusnya rombongan PERSIAP bergerak menuju ke Pulau Mabul dan tiba pada jam 11.15 pagi. Di Pulau Mabul rombongan di bawa meninjau dan melihat sendiri kehidupan dan aktiviti penduduk - penduduk di Pulau Mabul serta keunikan dan keindahan yang terdapat di Pulau Mabul.

Setelah selesai melawat Pulau Mabul, rombongan ahli - ahli PERSIAP di bawa kembali ke Tanah Besar Semporna dan singgah untuk menikmati makan Tengahari di Restoran yang popular di Semporna iaitu Restoran Seafest Semporna. Setelah selesai menjamu selera di Restoran Seafest, ahli rombongan kemudian berangkat kembali ke Penjara Tawau pada jam 01.30 Tengahari dan tiba pada jam 03.00 Petang.

KURSUS SENI JAHITAN KREATIF



Pada 16 Oktober 2011,bersamaan hari Ahad,PERSIAP Penjara Tawau telah mengadakan kursus Perniagaan Dari Rumah (Seni Jahitan Kreatif) bersama Pusat Latihan Kraftangan EPAL dengan bantuan Yayasan Tekun Nasional.Kursus ini diadakan di Dewan Wawasan Taman Ehsan Penjara Tawau pada pukul  2.30 Petang.  

Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan cara dapat ilmu kemahiran seni jahitan kreatif kepada ahli PERSIAP dan kakitangan Penjara Tawau agar boleh menjana ekonomi keluarga dengan melakukan perniagaan seni jahitan kreatif yang diminati dari rumah dengan pinjaman modal dari TEKUN.

Aktiviti berjalan dengan baik kerana ramai dikalangan peserta berminat untuk mengetahui cara menambahkan pendapatan dalam kemahiran seni jahitan. Aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y. BHG DATIN HJH NORAINI BT HJ MAN,Y. BHG DATIN NORIZA BT MOHAMED dan beberapa orang lagi sempena lawatan ke sabah.

Wednesday, July 27, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

Pada 24.07.2011 (Ahad) jam 1500 petang bertempat di Gelanggang Bola Tampar Penjara Tawau telah mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar antara PERSIAP Tawau dengan PERKEP IPD Semporna.Perlawanan tersebut telah dianggotai oleh ibu-ibu,anak-anak dan pegawai wanita.Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh PERSIAP Tawau.











Perlawanan tersebut telah berakhir pada jam 1730 petang.

KURSUS KECANTIKAN

Pada 23.07.2011 (SABTU) jam 1000 pagi,bertempat di rumah PERSIAP Tawau,AJK Induk dibawah kelolaan Puan Suzana Binti Jinatin selaku Setiausaha PERSIAP Tawau telah mengadakan satu kursus kecantikan.Penceramah yang telah dipanggil untuk kursus tersebut ialah Puan Marnie Binti Duling dari Marycare.Kursus tersebut telah dihadiri oleh Naib Pengerusi Puan Haryanti Binti Idris, AJK PERSIAP, dan 15 orang ahli-ahli PERSIAP. (ibu-ibu,anak-anak dan pegawai wanita).












Program Kecantikan tersebut berakhir pada jam 1400 petang.

Monday, March 7, 2011

Mesyuarat PERSIAP Bil 2/2011

Pada 02.Mac 2011 (Rabu) jam 2000 malam bertempat di Rumah Persiap Tawau telah diadakan Mesyuarat PERSIAP bil.02/2011.Mesyuarat kedua dalam tahun ini telah dipengerusikan oleh Puan Aemyzarina Binti Badrin selaku Pengerusi PERSIAP Tawau,antara kehadiran adalah Puan Hanipah Binti Harun Naib Pengerusi 1, Puan Haryanti Binti Idris Naib Pengerusi 2 dan Ahli Jawatankuasa Induk iaitu Setiausaha,Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari, Biro Masakan, Biro Kebudayaan, Biro Pendidikan, Biro Pengamanah, Biro Sukan, Biro Perhubungan dan Biro Kebajikan.

Dalam mesyuarat 02/2011 itu telah membincangkan berkaitan perkara-perkara berbangkit, isu-isu semasa, laporan aktiviti dari setiap biro dan hal-hal lain yang berkaitan.Semasa mesyuarat berjalan semua ahli telah menunjukkan komitmen dan respon yang sangat baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2130 malam dengan harapan Pengerusi agar setiap yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.Disamping mengharapkan komitmen dari semua ahli PERSIAP untuk sama-sama menggerakkan dan menjayakan setiap apa yang dirancang.

Friday, February 18, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

17 Februari 2011 bersamaan 14 Rabiulawal 1432 H PERSIAP dan Penjara Tawau di bawah kelolaan Biro Sukan dan Biro Masakan serta Unit Agama Penjara telah bergabung tenaga bagi menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penjara Tawau bertempat di Surau An-Nur Penjara. Majlis dimulakan seawal 6.30 petang dengan sambutan ketibaan PKP Ajidin bin Hj Salleh, Pengarah Penjara Tawau dan Isteri Puan Aemyzarina binti Badrin, Pengerusi PERSIAP Tawau, Timbalan-Timbalan Pengarah Penjara Tawau dan Isteri, Pegawai-Pegawai Kanan, Ahli-Ahli PERSIAP dan kakitangan Penjara Tawau.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat maghrib berjemaah yang diketui oleh Ustaz Mahazir, setelah selesai menunaikan solat maghrib berjemaah majlis kemudian diisi dengan ceramah bertajuk "Nabi Muhammad s.a.w ikutan terbaik" yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa Hussin yang telah dijemput khas dari Sekolah Menengah Kebengsaan Balung. Setelah hampir sejam mendengar ceramah yang penuh bermakna itu majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari pihak Penjara dan PERSIAP Tawau yang disampaikan oleh PKP Tuan Ajidin bin Hj Salleh kepada penceramah. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah yang diketuai oleh Ustaz Mahazir dan diikuti dengan selawat ke atas nabi junjungan. Majlis Sambutan Maulidur Rasul tersebut diakhiri dengan jamuan makan malam.






Terima Kasih Sekalung Budi
kepada
Semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Saturday, February 12, 2011

Al-Fatihah

Kami seluruh warga PERSIAP Tawau mengucapkan salam takziah kepada keluarga salah seorang kakitangan Penjara Tawau Encik Rafiuddin di atas pemergian cahayamata tercinta allahyarham adik Al-Khairil bin Rafiuddin yang berusia 6 bulan, pemergian allahyarham disebabkan oleh komplikasi jantung. Semoga roh allahyarham adik Al-Khairil akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan umat islam yang beriman. Setiap ketentuan yang Allah s.w.t turunkan pasti ada hikmah disebaliknya, semoga Encik Rafiuddin dan Puan Kasti binti Kasto sekeluarga akan tabah dengan ketentuan ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi allahyarham.

PERSIAP Penjara Tawau dengan diuraskan oleh Biro Kebajikan telah menziarahi Encik Rafiudin dan Puan Kasti binti Kasto sekeluarga bagi mengucapkan takziah.

Doa dan harapan kami agar setiap ketentuan ini dapat diharungi dengan penuh ketabahan
AL-Fatihah