Monday, January 24, 2011

Malam Gemilang PERSIAP Tawau

PERSIAP Tawau julung-julung kalinya telah mengadakan annual dinner iaitu "MALAM GEMILANG PERSIAP TAWAU" pada 23 Januari 2011 (Ahad) bertempat di Promenade Hotel, Tawau. Tujuan majlis tersebut adalah untuk meraikan dan menghargai serta mengenang kembali jasa dan sumbangan yang telah diberikan dalam mermartabatkan nama PERSIAP Penjara Tawau khususnya menjadi Johan keseluruhan dalam Sukan PERSIAP Peringkat Negeri Sabah pada Ogos 2010 dan kejayaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lain. Disamping itu juga untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada ahli yang telah bersara dan berpindah ke Instiutsi lain.

Majlis Malam Gemilang PERSIAP dimulakan dengan sambutan ketibaan Pengerusi PERSIAP Tawau, persembahan tarian igal-igal sebagai persembahan pembukaan majlis yang dipersembahkan oleh ahli-ahli PERSIAP yang terdiri dari golongan ibu-ibu. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Puan Pengerusi antara kata-kata yang diucapkan adalah "saya berharap para ahli PERSIAP sentiasa senada dalam berbicara, sehati dan sejiwa dalam setiap tindakan, seirama dalam membuang kekeruhan yang melanda dan sepakat dalam membentuk PERSIAP cemerlang kerana saya pasti tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegar dunia dengan semangat dan jatidiri yang kental dan tulin". Majlis pada malam itu diteruskan dengan jamuan makan malam, persembahan dari ahli-ahli PERSIAP, cabutan bertuah, penghargaan kepada ahli yang telah bersara dan kemuncak majlis iaitu pengumuman pasukan paling glamour sempena Sukan PERSIAP 2010, sporting guess dan ladies of the night. Majlis berakhir jam 1030 malam dengan sesi bergambar.


Ketibaan Puan Aemyzarina bt Badrin, Pengerusi PERSIAP Tawau

Antara ahli-ahli PERSIAP yang hadir

Ahli yang glamour & sporting

Ahli-ahli PERSIAP (anggota wanita Penjara) yang paling komited

Persembahan Tarian Igai-Igal

Ahli -ahli PERSIAP yang sangat mantap

Ahli-ahli PERSIAP (ibu-ibu) yang sangat sporting

Persembahan yang amat menghiburkan

Persembahan yang memukau tetamu

Antara Penerima Cabutan Bertuah
Puan Azwani Rozana

Jasamu Dikenang
Puan Patmah binti Omar
Pemenang "Ladies Of The Night"
Cik Karmila binti Kassim

Pemenang "Pasukan Paling Glamour"
Pasukan Bola Jaring

Mesra bersama selamanya

Sentiasa bersama


Friday, January 21, 2011

Perasmian Rumah PERSIAP

21Januari 2011 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Perasmian Rumah PERSIAP yang telah dirasmikan oleh PKP Ajidin bin Hj Salleh, Pengarah Penjara Tawau. Majlis tersebut berlangsung jam 4.00 petang dengan dihadiri oleh Puan Aemyzarina binti Badrin Pengerusi PERSIAP Tawau, pegawai-pegawai kanan Penjara Tawau, AJK Induk PERSIAP dan ahli-ahli PERSIAP.

Majlis Perasmian tersebut dimulakan dengan upacara pemotongan reben dan diikuti dengan lawatan ke dalam rumah PERSIAP kemudian ditururuti dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh ustaz Mahazir dan diakihiri dengan jamuan ringan (minum petang).







Sunday, January 16, 2011

Mesyuarat PERSIAP Bil 01/2011

Pada 16 Januari 2011 (Ahad) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Tawau telah diadakan Mesyuarat PERSIAP bil 01/2011. Mesyuarat pertama dalam tahun 2011 ini telah dipengerusikan oleh Puan Aemyzarina binti Badrin selaku Pengerusi PERSIAP Tawau, antara kehadiran adalah Puan Hanipah binti Harin Naib Pengerusi 1, Puan Haryanti binti Idris Naib Pengerusi 2 dan Ahli Jawatankuasa Induk iaitu Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari, Biro Pendidikan, Biro Kebajikan, Biro Sukan, Biro Perhubungan, Biro Pengamanah, Biro Kebudayaan dan Biro Masakan.

Dalam mesyuarat 01/2011 itu telah membincangkan berkaitan perkara-perkara berbangkit, isu-isu semasa, laporan aktiviti dari setiap biro dan hal-hal lain yang berkaitan. Semasa mesyuarat berjalan semua ahli telah menunjukkan komitmen dan respon yang sangat baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi dengan harap pengerusi agar setiap aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Disamping mengharapkan komitmen dari semua ahli PERSIAP untuk sama-sama menggerakkan dan menjayakan setiap apa yang dirancang.

Friday, January 14, 2011

Ceramah Kesihatan Wanita & Perancang Keluarga

Pada 14 Januari 2011 (Jumaat) jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Tawau, AJK Induk dibawah kelolaan Puan Suzana binti Jinatin selaku Setiausaha PERSIAP Tawau telah mengadakan satu ceramah kesihatan yang bertajuk " Kesihatan Wanita & Perancang Keluarga". Antara penceramahnya adalah Puan Murni binti Moctar dan Madam Lee Ming Choo yang dijemput khas dari Persatuan Perancang Keluarga Sabah (Cawangan Tawau). Ceramah tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi PERSIAP Puan Aemyzarina binti Badrin, AJK PERSIAP dan seramai 35 ahli-ahli PERSIAP (ibu-ibu dan anggota wanita).

Antara pengisian ceramah tersebut adalah:
1. Panduan Tentang Cara-Cara Merancang Keluarga
2. Ujian Pap Smear
3. Pengesanan Awal Kanser Payu Dara

Program ceramah tersebut berakhir jam 4.30 petang dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh Puan Aemyzarina binti Badrin.



Monday, January 10, 2011

Gotong Royong Di Rumah PERSIAP

Pada 09 Januari 2011 (Ahad) seawal jam 9.00 pagi kami warga PERSIAP Tawau mengadakan gotong royong bagi membersihkan Rumah PERSIAP. Aktiviti tersebut telah diketua sendiri oleh Pengerusi PERSIAP Tawau Puan Aemyzarina binti Badrin, Naib Pengerusi 1 Puan Hanipah binti Harun, AJK-AJK dan ahli-ahli PERSIAP Tawau. Disamping membersihkan kawasan Rumah PERSIAP aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli. Keseronokan dalam melakukan setiap aktiviti terpancar di raut wajah setiap ahli walaupun keletihan seharian membersihkan Rumah PERSIAP. Walau bagaimanapun keletihan itu tidak pernah menjadi penghalang kerana "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".




Terima Kasih, Sekalung Budi
"Jasa Puan-Puan Amat Disanjungi"

Saturday, January 8, 2011

Setinggi-Tinggi Penghargaan

Kami warga PERSIAP Tawau mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Penjara Tawau PKP Ajidin bin Salleh dan kakitangan Unti Luar Penjara Tawau iaitu Kpl Datu Mohamad, WP Robert, WP Mohd Che, WP Madi, WP Lensun dan WP Maudan kerana telah membantu kerja-kerja mengecat Rumah PERSIAP. Sumbangan tenaga tuan-tuan telah merialisasikan impian kami warga PERSIAP Tawau untuk memiliki pusat kegiatan yang kondusif dan ceria. 





Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan-tuan jadi kenangan...

Friday, January 7, 2011

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

06 Januari 2011 (Khamis) bersamaan 1 Safar 1432 H, PERSIAP Penjara Tawau dibawah kelolaan Biro Kebajikan telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat bertempat di Surau An-Nur, Penjara Tawau. Antara jemputan yang hadir adalah Pengarah Penjara Tawau PKP Ajidin bin Hj Salleh dan isteri Puan Aemyzarina binti Badrin, merangkap Pengerusi PERSIAP Penjara Tawau  ahli-ahli persiap, kakitangan Penjara Tawau dan ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan pada 16 Disember 2010.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti dengan bacaan Yassin, Tahlil, Doa Selamat dan solat Isyak berjemaah yang diketuai oleh Ustaz Mannang bin Laang. Bacaan Yassin dan tahlil ini diadakan bertujuan untuk disedekahkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan telah kembali ke rahmatullah iaitu Allahyarham Abd Mahdina bin Hamdullah, Allahyarham Selamat bin Idrus, Allahyarham Muslimin bin Ahmad dan Allahyarham Sabirin bin Murad. Doa kami agar roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan umat islam yang beriman. Sementara itu majlis doa selamat adalah bertujuan untuk memohon kesejahteraan dan kesempurnaan dari Allah s.w.t untuk seluruh warga PERSIAP dan kakitangan Penjara Tawau.

Disamping itu, majlis juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan Sijil Penghargaan di atas sumbangan dan komitmen allahyarham-allahyarham dalam menjalankan tugas. Sijil-sijil tersebut adalah pemberian dan penghargaan dari Jabatan Penjara Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Tawau bagi mewakili Komisioner Jeneral Penjara kepada waris-waris Allahyarham.








Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari-NYA yang maha Esa, doa dan harapan kami agar setiap perancangan dan perjalanan yang dilalui akan sentiasa mendapat keredhaan serta rahmat dari Allah s.w.t 

Monday, January 3, 2011

Melawat kakitangan di Hospital Tawau

Ahli-ahli PERSIAP dan kakitangan Penjara Tawau berkesempatan untuk melawat dua kakitangan Penjara Tawau iaitu WP Ramli bin Basal dan WP Hassanudin bin Sagoni yang kini masih dirawat di hospital setelah terlibat dengan kemalangan ngeri pada 16 Disember 2010. Kini dua kakitangan tersebut telah ditempatkan di Hospital Tawau setelah hampir dua minggu menerima rawatan di Hospital Queen Elezabeth, Kota Kinabalu.



Doa dan harapan kami agar mereka cepat sembuh dan dapat menjalani
kehidupan seperti biasa bersama keluarga tercinta.