Friday, December 31, 2010

Selama Tahun Baru 2011

Kami seluruh warga PERSIAP Penjara Tawau mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh warga PERSIAP Penjara Malaysia, semoga lembaran baru ini akan menjanjikan yang terbaik buat kita semua. Semoga setiap langkah dan perancangan yang telah diatur akan mendapat keberkatan dan rahmat dari-NYA. Jadikan pengalaman pada tahun 2010 sebagai titik tolak untuk kita semua warga PERSIAP menjadi lebih mantap dan maju kehadapan...

SELAMAT TAHUN BARU 2011
"WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"

Tuesday, December 28, 2010

Kunjungan dan Keperihatinan Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man - YDP PERSIAP Penjara Malaysia

Pada 23 Disember 2010 pihak Pengurusan dan Persiap Penjara Tawau telah menerima kunjungan rasmi daripada Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini bin Hj Man Yang Di Pertua PERSIAP Penjara Malaysia sempena Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Sumbangan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dengan kemalangan ngeri pada 16 Disember 2010, majlis tersebut berlangsung di Dewan Wawasan Penjara Tawau.

Kami seluruh warga PERSIAP Penjara Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man atas kesudian dan keperihatinan Y.Bhg Datin Wira untuk turun padang bagi bersua muka disamping menyampaikan sumbangan dari PERSIAP Penjara Malaysia kepada keluarga khususnya isteri-isteri mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut.

Takziah buat semua keluarga mangsa... Al-Fatihah





Semoga Allah s.w.t akan sentiasa merahmati dan memberkati setiap langkah yang telah ditentukan...
Terima Kasih, Sekalung Budi atas keperihatinan
Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man

Monday, December 27, 2010

Selamat Datang...

Terlebih dahulu kami warga PERSIAP Penjara Tawau, Sabah mengucapkan selamat datang ke laman blog PERSIAP Penjara Tawau. Diharapkan dengan terbitnya blog ini dapatlah sama-sama kita berkongsi berita berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal dijalankan, disamping merapatkan hubungan ukwah antara ahli-ahli PERSIAP di Jabatan Penjara Malaysia.

"Salam Satu Malaysia"
"Wanita Sepakat, Negara Meningkat"