Tuesday, December 28, 2010

Kunjungan dan Keperihatinan Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man - YDP PERSIAP Penjara Malaysia

Pada 23 Disember 2010 pihak Pengurusan dan Persiap Penjara Tawau telah menerima kunjungan rasmi daripada Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini bin Hj Man Yang Di Pertua PERSIAP Penjara Malaysia sempena Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Sumbangan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dengan kemalangan ngeri pada 16 Disember 2010, majlis tersebut berlangsung di Dewan Wawasan Penjara Tawau.

Kami seluruh warga PERSIAP Penjara Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man atas kesudian dan keperihatinan Y.Bhg Datin Wira untuk turun padang bagi bersua muka disamping menyampaikan sumbangan dari PERSIAP Penjara Malaysia kepada keluarga khususnya isteri-isteri mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut.

Takziah buat semua keluarga mangsa... Al-Fatihah





Semoga Allah s.w.t akan sentiasa merahmati dan memberkati setiap langkah yang telah ditentukan...
Terima Kasih, Sekalung Budi atas keperihatinan
Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man

3 comments:

  1. Jutaan terima kasih dan sekalung budi saya ucapkan kepada Y.Bhg Datin Wira atas keprihatinan dan kesudiaan Y.Bhg Datin untuk bersua muka dengan keluarga mangsa serta menyampaikan sumbangan kepada waris yg terlibat dengan kemalangan tersebut. Saya selaku Pengerusi Persiap Cawangan Tawau memohon jutaan kemaafan sebab tidak dapat turut serta dalam majlis tersebut disebabkan tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.
    Kami warga Persiap Penjara Tawau berbesar hati dengan kunjungan Y.Bhg Datin Wira, semoga Allah s.w.t akan sentiasa merahmati setiap apa yang dirancangkan... AMIN

    Ikhlas,
    Pengerusi Persiap Cawangan Tawau.

    ReplyDelete
  2. Sebagai hamba Allah..kita hanya mampu merancana..namun ketentuan Allah tiada siapa yang tahu..InsyaAllah lain masa dan ketika dengan izin Allah jua..kita pasti bertemu lagi...harapan dan doa saya semuga Puan dapat melaksanakan amanah Allah ini sedaya mungkin..jaga lah kebajikan ahli Persiap Tawau..puan sebagai perantara untuk merealisasikan halatuju Persiap Malaysia..
    Salam ikhlas selalu dari saya.

    Ikhlas Selalu
    YDP Persiap.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas keperihatinan Pengurusan Jabatan Penjara...

    -Perihatin-

    ReplyDelete