Monday, January 24, 2011

Malam Gemilang PERSIAP Tawau

PERSIAP Tawau julung-julung kalinya telah mengadakan annual dinner iaitu "MALAM GEMILANG PERSIAP TAWAU" pada 23 Januari 2011 (Ahad) bertempat di Promenade Hotel, Tawau. Tujuan majlis tersebut adalah untuk meraikan dan menghargai serta mengenang kembali jasa dan sumbangan yang telah diberikan dalam mermartabatkan nama PERSIAP Penjara Tawau khususnya menjadi Johan keseluruhan dalam Sukan PERSIAP Peringkat Negeri Sabah pada Ogos 2010 dan kejayaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lain. Disamping itu juga untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada ahli yang telah bersara dan berpindah ke Instiutsi lain.

Majlis Malam Gemilang PERSIAP dimulakan dengan sambutan ketibaan Pengerusi PERSIAP Tawau, persembahan tarian igal-igal sebagai persembahan pembukaan majlis yang dipersembahkan oleh ahli-ahli PERSIAP yang terdiri dari golongan ibu-ibu. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Puan Pengerusi antara kata-kata yang diucapkan adalah "saya berharap para ahli PERSIAP sentiasa senada dalam berbicara, sehati dan sejiwa dalam setiap tindakan, seirama dalam membuang kekeruhan yang melanda dan sepakat dalam membentuk PERSIAP cemerlang kerana saya pasti tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegar dunia dengan semangat dan jatidiri yang kental dan tulin". Majlis pada malam itu diteruskan dengan jamuan makan malam, persembahan dari ahli-ahli PERSIAP, cabutan bertuah, penghargaan kepada ahli yang telah bersara dan kemuncak majlis iaitu pengumuman pasukan paling glamour sempena Sukan PERSIAP 2010, sporting guess dan ladies of the night. Majlis berakhir jam 1030 malam dengan sesi bergambar.


Ketibaan Puan Aemyzarina bt Badrin, Pengerusi PERSIAP Tawau

Antara ahli-ahli PERSIAP yang hadir

Ahli yang glamour & sporting

Ahli-ahli PERSIAP (anggota wanita Penjara) yang paling komited

Persembahan Tarian Igai-Igal

Ahli -ahli PERSIAP yang sangat mantap

Ahli-ahli PERSIAP (ibu-ibu) yang sangat sporting

Persembahan yang amat menghiburkan

Persembahan yang memukau tetamu

Antara Penerima Cabutan Bertuah
Puan Azwani Rozana

Jasamu Dikenang
Puan Patmah binti Omar
Pemenang "Ladies Of The Night"
Cik Karmila binti Kassim

Pemenang "Pasukan Paling Glamour"
Pasukan Bola Jaring

Mesra bersama selamanya

Sentiasa bersama


1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah Majlis Gemilan PERSIAP Tawau berjalan dengan lancar & jayanya. Terima kasih kepada seluruh AJK majlis tersebut & seluruh warga PERSIAP Tawau atas komitmen & sokongan padu puan-puan. Semoga dengan adanya majlis seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita...

    Sayang selalu
    -Aemyzarina bt Badrin-

    ReplyDelete