Monday, January 10, 2011

Gotong Royong Di Rumah PERSIAP

Pada 09 Januari 2011 (Ahad) seawal jam 9.00 pagi kami warga PERSIAP Tawau mengadakan gotong royong bagi membersihkan Rumah PERSIAP. Aktiviti tersebut telah diketua sendiri oleh Pengerusi PERSIAP Tawau Puan Aemyzarina binti Badrin, Naib Pengerusi 1 Puan Hanipah binti Harun, AJK-AJK dan ahli-ahli PERSIAP Tawau. Disamping membersihkan kawasan Rumah PERSIAP aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli. Keseronokan dalam melakukan setiap aktiviti terpancar di raut wajah setiap ahli walaupun keletihan seharian membersihkan Rumah PERSIAP. Walau bagaimanapun keletihan itu tidak pernah menjadi penghalang kerana "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".




Terima Kasih, Sekalung Budi
"Jasa Puan-Puan Amat Disanjungi"

1 comment:

  1. Terima Kasih atas komitmen dan sokongan yang puan-puan berikan. Semoga Allah akan sentiasa memberkati setiap apa yang kita rancangkan...

    Sayang semuanya

    ReplyDelete